Isu dan kontroversi Kesan_pandemik_COVID-19_terhadap_pendidikan_di_Malaysia

Pengumuman mengejut Kementerian Pelajaran Tinggi

Pada Oktober, pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan bahawa semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang bakal menjalankan pendaftaran mahasiswa pada hari keesokannya untuk membatalkan pendaftaran fizikan akibat peningkatan mengejut kes COVID-19 di negara pada masa itu; Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tetap meneruskan pendaftaran fizikal pada waktu itu.

Akibat pengumuman tersebut, Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad diserang kerana keputusan tersebut yang menyebabkan para pelajar IPTA tersadai.[20] Rata-rata kalangan rakyat memberi tekanan kepadanya agar meletak jawatan susulan tindakan tersebut serta ada yang mengejek Noraini di laman sosial.[20] Walau bagaimanapun, Noraini memohon maaf atas kesulitan akibat pengumuman tersebut.[21] Pihak akademik menyatakan bahawa isu ini menampakkan isu-isu yang lebih besar, termasuklah isu kekurangan autonomi IPT akibat penguasaan berlebihan pihak kerajaan serta kemarahan rakyat kepada mutu sistem pendidikan yang dikatakan merudum saban masa.[22]

Berikutan pengumuman tersebut, sebuah tagar #SiswaJagaSiswa menjadi tular pada waktu tersebut dan bertujuan sebagai wadah penyaluran bantuan kepada golongan pelajar IPTA, terutamanya pelajar baharu yang terkandas pada masa itu.[23] Pihak IPTA pula dipuji kerana mengambil tindakan pantas dalam menjaga kebajikan pelajar yang terkesan seperti pemberian keperluan harian, akses Internet dan wang bantuan.[24]

Isu SOP di institut pembelajaran

Masalah utama yang diutarakan oleh warga pendidikan Malaysia ialah masalah pelaksanaan SOP dan dasar-dasar di institut-institut pendidikan sehingga menyebabkan terbitnya kluster-kluster COVID-19 di pusat-pusat tersebut serta mengelirukan orang ramai.[25] Tambahan pula, pihak pembangkang menuntut peletakan jawatan menteri kanan pendidikan, Radzi Jidin serta timbalan-timbalannya kerana gagal menguruskan isu pandemik COVID-19 dalam sektor pendidikan negara.[26] Meskipun begitu, Radzi menyelar kritikan-kritikan tersebut, dengan menyatakan bahawa pihak pengkritik 'tidak pernah menguruskan krisis COVID-19'.[27]

Skandal bantuan pemberian gajet

Spesifikasi telefon Yes Altitude 3 M685Y4[28]

Pihak kerajaan terpalit dengan beberapa kontroversi berkenaan pemberian khas peralatan elektronik terhadap para pelajar ketika peralatan teknologi menjadi suatu keperluan penting dalam sistem pendidikan yang terpaksa dijalankan secara atas talian susulan pandemik (PdPR). Satu masalah utama ialah dakwaan pengabaian janji pihak kerajaan untuk memberi sejumlah komputer riba kepada warga pelajar berkeperluan seperti yang tertakluk dalam Belanjawan Malaysia 2021.[29]

Pada Jun 2021, syarikat telekomunikasi Yes 4G bersama-sama pihak kerajaan telah memberi bantuan berupakan pemberian telefon pintar percuma terhadap para pelajar berkeperluan sebagai memenuhi program Jaringan Prihatin pihak kerajaan.[30] Sungguhpun begitu, telefon pintar yang diberikan pihak Yes didapati terlalu usang daripada segi spesifikasi yang diperlukan bagi proses PdPR atau sebarang kegunaan lazim (seperti dalam kotak di sebelah kanan) setelah bantuan pemberian dijalankan oleh pihak kerajaan Perak.[28][31]

Menjawab kritikan orang ramai, pihak Perak menyatakan bahawa telefon dengan spesifikasi sebegitu sengaja diberikan untuk "mengelakkan penyalahgunaan seperti bermain permainan video" dan sepatutnya hanya digunakan bagi tujuan PdPR semata-mata.[32] Selain itu, terdapat laporan bahawa telefon yang diberi terbakar secara spontan ketika digunakan.[33]

Rujukan

WikiPedia: Kesan_pandemik_COVID-19_terhadap_pendidikan_di_Malaysia https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siswaja... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/covid-19... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/23... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/10/03... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/06/16... https://www.reuters.com/article/us-health-coronavi... https://says.com/my/news/moe-all-sports-and-co-cur...